Labels: RBT 2020
Labels: bab 2 Pembangunan Produk, RBT 2020
2.1.7 Menghasilkan Produk Berfungsi atau Berfungsi Sebahagian
Labels: bab 2 Pembangunan Produk, RBT 2020
Labels: Google Classroom
Selamat pagi,
Anda boleh cuba kuiz Reka Bentuk Mekatronik yang dianjurkan oleh PPD Utara Pulau Pinang ini. Sijil akan dihantar ke e-mel anda. Anda boleh cetak sijil untuk simpanan sendiri. Selamat Cuba jaya!
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScQRKpZpGeu4NYuGuz1GNYDUnb849-W7haDK4zKAjMo0n29dw/viewform
Labels: bab 2 Pembangunan Produk, MP4, RBT 2020
Hi kawan-kawan, nama saya ialah Minium. Tuan saya telah mengubahsuaikan saya daripada sebuah tong besi (5Kg). Sekarang, beliau ingin menjadikan saya sebagai projek RBTnya. Tuan saya tiada idea dalam gabungan teknologi produk ini. Bolehkah anda membantu beliau? Apakah gabungan Reka Bentuk Teknologi yang sesuai untuk menghasilkan saya?
Murid-murid sekalian,
Sila tolong pereka bentuk ini untuk menyelesaikan masalahnya dengan memberi cadangan kepadanya supaya menghasilkan produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia serta dapat sambutan pasaran.
Anda boleh memberi idea di ruangan "Comment" di bawah dengan menulis
contoh:
Cheah Seok Khim3R10(3)_Reka bentuk teknologi pembuatan +Elektrik. Tambahkan IC muzik. Apabila masukkan duit syiling ke dalam tabung, IC muzik akan berfungsi.
Cadangan yang baik akan diberi markah tambahan pada projek RBT anda. Selamat mencuba!
Labels: bab 2 Pembangunan Produk
Murid-murid sekalian,
Sila baca slide MP4 ini dan pastikan apa yang anda hantar (tugasan 1) adalah betul. Jika masih terdapat kesilapan, sila buat pembetulan. Anda tidak perlu e-mel ke e-mel kelas anda mengenai pembetulan anda. Saya akan menyemak tugasan anda selepas kita berjumpa di sekolah nanti.
Kalau ada masalah, sila kemukakan soalan anda di bahagian bawah iaitu "comments", saya akan cuba menjawab soalan anda secepat mungkin.
~STAY AT HOME~
Labels: bab 2 Pembangunan Produk, MP4, RBT 2020
Labels: BUKU TEKS RBT
Murid-murid sekalian,
Ini merupakan hasil kerja daripada seorang budak yang berumur 12 dari Kepong, Leow Jin Hong. Marilah kita cuba projek ini di rumah. Kita akan mendapat hasil tauge selepas 5 hari sahaja.
Projek ini bukan merupakan tugasan wajib. Kalau sesiapa berjaya mengubahsuaikan projek ini dengan adanya 2 gabungan teknologi, emelkan hasil projek anda bersama dengan langkah-langkah kerja (gambar berbukti). Markah tambahan akan diberikan pada projek RBT kita.
Selamat mencuba.
Labels: BUKU TEKS RBT
Labels: bab 2 Pembangunan Produk, RBT 2020
Tugasan 4 : Perbezaan Antara Lakaran Perkembangan Idea Dengan Lakaran Akhir
Murid-murid sekalian,
Sila tontoni pengajaran saya tentang Lakaran Perkembangan Idea dan Lakaran Akhir.
Tugasan 4:
1. Jawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam klip MP4 ke dalam buku nota anda.. Tangkap gambar jawapan anda dan hantar ke emel kelas anda. Subject: NAMA PENUH_Tugasan 4 (Contoh: CHEAH SEOK KHIM_Tugasan 4)
Pelajar yang hantar tanpa tajuk(yang ditunjukkan di atas): akan diklasifikasikan sebagai TIDAK HANTAR.
Emel kelas:
rbt3r1@gmail.com
rbt3r2@gmail.com
rbt3r3@gmail.com
rbt3r4@gmail.com
rbt3r5@gmail.com
rbt3r6@gmail.com
rbt3r7@gmail.com
rbt3r8@gmail.com
rbt3r9@gmail.com
rbt3r10@gmail.com
Tarikh Hantar: 10/4/2020 (Jumaat) Hari ini
2. Lukiskan lakaran ceraian produk anda dan simpan dalam fail pendokumentasian. Anda tidak perlu hantar ke emel, saya akan semak selepas kita balik ke sekolah nanti.
Sekian, terima kasih!
Labels: bab 2 Pembangunan Produk, RBT 2020, Tugasan 4
Murid-murid sekalian,
Setelah membaca tugasan anda, didapati ramai pelajar masih tidak dapat menghasilkan produk baharu dengan mencari penyelesaian masalah yang baik.
Sila buat ulang kaji bab 1 bagi tingkatan 2 ini agar dapat menghasilkan produk yang lebih menarik.
Anda boleh membuat pertanyaan di blog ini di bahagian "Comments". Saya akan menjawab soalan anda.
Sekian, terima kasih!
Perhatian kepada semua murid,
Ini merupakan topik Menyediakan Jadual Kerja.
Anda dikehendaki menyiapkan borang 5.0 Menyediakan Jadual Kerja yang telah saya edarkan sebelum cuti sekolah. Anda tidak perlu hantar hasil tugasan anda melalui emel. Hanya perlu mendokumentasikan di dalam fail anda sahaja.
Sekian, terima kasih!
Labels: bab 2 Pembangunan Produk, RBT 2020